News Update :
Home » » Jenis-Jenis Besi Tuang

Jenis-Jenis Besi Tuang

Penulis : Unknown on Tuesday, August 6, 2013 | 6:11 AM

Jenis-Jenis Besi Tuang
Besi tuang boleh dikelaskan kepada beberapa jenis mengikut kegunaanya, bentuk grafit dan jenis matriks struktur yang terkandung di dalamnya. Struktur logam, komposisi dan keratan sesuatu besi tuangan adalah penting di dalam menentukan sifat-sifat kejuruteraan. Terdapat 4 jenis utama bagi besi tuang sebagaimana ditunjukkan dalam Carta 1 di bawah.

Gambar jenis-jenis besi tuang

1. Besi tuang kelabu
Besi tuang kelabu mengandungi karbon dalam bentuk kepingan grafit. Dinamai besi tuang kelabu kerana berwarna kekelabuan di permukaan rekahnya akibat kewujudan kepingan grafit. Mudah dimesin kerana mempunyai kekuatan mampat yang tinggi melebihi keluli. Besi tuang kelabu tidak begitu mahal harganya. Ia digunakan dengan meluas untuk menghasilkan komponen automotif mesin alat dan pelbagai barangan industri yang lain.

2 Besi tuang putih
Besi tuang putih apabila pecah kelihatan berwarna keputihan. Ini disebabkan karbon yang terdapat di dalam besi tuang putih adalah bentuk karbida. Besi tuang putih dengan perqtus karbida yang tinggi sangat sukar untuk dimesin tetapi boleh dicanai. Besi tuang putih juga dinamai besi tuang dingin. Ini disebabkan besi tuang ini dihasilkan dengan menggunakan logam dingin. 

Logam dingin adalah bertujuan untuk memberikan permukaan yang keras dan merintangi hasu seperti menghasilkan roda keret api penggelek untuk memecah bijian dan plat ragum pemecah. Besi tuang putih juga merupakan peringkat pertama dalam penghasilan besi tuang boleh tempa.

3. Besi BolehTempa
Besi tuang boleh tempa dihasilkan daripada besi tuang putih. Besi tuang putih dipanaskan lebih kurang 460F selama lebih kurang 48 jam dan disejukkan secara sangat perlahan untuk membolehkannya mudah dimesin dan dapat merintangi kejutan. Semasa proses pemanasan ini kebanyakan daripada karbon berubah bentuk dan disebarkan menjadi modul-modul karbon yang kecil di dalam matrik besi yang agak tulen. Besi tuang boleh tempa digunakan untuk membuat komponen automotif, paip dan peralatan industri pertanian.

Sektor logam bukan ferus di Malaysia meliputi produk-produk seperti timah, aluminium, tembaga, zink dan plumbum.

BESI TEMPA
Besi tempa adalah merupakan jenis besi yang paling tulen berbanding dengan jenis-jenis besi yang lain. Kandungan karbonnya adalah kurang daripada 0.12% dan kandungan sangga adalah di atara 0.6% hingga 3%. Besi ini terdiri daripada zarah-zarah besi logam yang halus berpadu dengan satu kuantiti sangga yang halus dan teragih segaya. Pengeluaran besi tempa daripada besi jongkong adalah melibatkan pembuangan karbon, dan ini boleh dilakukan dengan proses melopak.
Share this article :

Post a Comment

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger