News Update :
Home » » Kayu adalah

Kayu adalah

Penulis : Unknown on Tuesday, August 6, 2013 | 6:30 AM

KAYU 
Kayu adalah sejenis bahan mentah yang terdapat secara semulajadi dan sumber yang boleh diganti. Kayu merupakan bahan binaan yang paling meluas digunakan dalam pembinaan di kawasan beriklim tropika. Kayu merupakan sejenis bahan binaan paling meluas digunakan dalam pembinaan di kawasan tropika. 

Penggunaannya berkembang sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka terutamanya dalam pembinaan istana dan kediaman. Pada masa kini kayu balak telah berkurangan disebabkan permintaan yang tinggi terutamanya di luar negara, aktiviti pembalakan haram dan pembukaan kawasan pertanian dan penempatan barn. 

Aktiviti pembalakan yang tidak terkawal menyebabkan kayu balak akan lupus suatu masa nanti. Semua pihak samada kerajaan atau pengusaha balak mesti berusaha untuk menanam semula kawasan hutan yang telah diterokai bagi mengekalkan Malaysia sebagai salah satu negara pengekspot kayu terbesar di dunia di masa hadapan. 

Di Malaysia terdapat lebih daripada 1000 spesis kayu tetapi hanya 80 spesis sahaja yang mempunyai nilai komersial untuk digunakan dalam industri pembinaan. Selain itu, kayu juga digunakan untuk menghasilkan alkohol kayu, arang, turpentine, dan lain-lain. 

1.   PENGKELASAN KAYU 
Di Malaysia pengkelasan kayu yang dikeluarkan oleh MTIB's di dalam "Specifying Timber For Building Constructions" kayu di kelas kepada empat kumpulan utama iaitu: 

KUMPULAN
JENIS
Kumpulan kayu keras yang berat
( HHW-Heavy Hardwood);

Cengal, Balau, Selayan batu, Kekatong, Merbau, Tembusu dan Resak.

Kumpulan kayu keras yang sederhana berat
(MHW-Medium Hardwood);

Kapur, Kempas, Keruing dan Tualang.

Kumpulan kayu keras yang ringan
(LHW-Light Hardwood)
Jelutung, Meranti, Nyatuh, Ramin, Sepetir dan Kayu Getah.
Kumpulan kayu yang lembut
(SW-softwood)
Damar Minyak, Geronggang, Jelutong, Petai, Pulai, Sesendok, Terap dan Terentang.

2 .  Kegunaan Kayu
KUMPULAN
NAMA
KEGUNAAN
KERAS DAN BERAT
CENGAL
Kapal, rangka, ukiran
BALAU
Jambatan, cerocok, gelegar, lantai dan perabot
KEKATUNG
Rasuk, rangka pintu/ tingkap, pemegang alat, lantai, parket dan panel
MERBAU
Kerja hiasan, parket, perabot, venire dan pemegang alat
RESAK
Pembinaan berat, tiang rasuk, corocok, lantai, jambatan, kapal, rangka pintu / tingkap
TEMBUSU
Pembinaan berat, lantai, parket dan perabot
KERAS DAN SEDERHANA BERAT
KEMPAS
Pembinaan berat, tiang gelegar, panel, jambatan, parket, gerobok, cerocok dan pemegang alat
KERUING
Pembinaan umum, tiang, landasan, jambatan dan gerabak lori
KAPUR
Kekuda, rasuk dan tiang
TUALANG
Tiang rasuk, lantai, perabot
KERAS DAN RINGAN
NYATUH
Pintu, tingkap,  rasuk, tiang, lantai, perabot
MERANTI
Pembinaan, lantai, perabot, papan lapis, pelapisan pintu, tingkap dan panel
RAMIN
Hiasan perabot, binding dalam dan panel
SEPETIR
Gerobok, panel dan perabot
KAYU GETAH
Perabot, panel, susur tangga dan parket

3.   Kebaikan dan kelemahan kayu
KEBAIKAN KAYU
KELEMAHAN KAYU
Mempunyai nisbah kekuatan berat yang tinggi:
i.              Kekuatan mampatan 5 hingga 25 N/mm2.
ii.       Ketumpatan antara 400 hingga 1100 kg /m3.
Mudah terbakar dan api mudah merebak dengan cepat.

Senang dikerjakan berbanding dengan bahan lain seperti besi.
la cepat mengecut dan meleding kerana perubahan cuaca yang drastik dan merosakan mutu kayu.
Mempunyai rupabentuk kemasan yang menarik.
Kos penyelenggaraan bangunan lebih tinggi kerana mudah reput, lembab dan berkulat serta'ianya mudah diserang serangga perosak
Kelasakan yang tinggi jika diawetkan.
Kepelbagaian penggunaannya
Share this article :

Post a Comment

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger