News Update :
Home » » Jenis - Jenis Komposit

Jenis - Jenis Komposit

Penulis : Unknown on Tuesday, August 6, 2013 | 6:24 AM

Komposit
Komposit dihasilkan apabila dua atau lebih bahan yang berbeza di sambungkan atau diikat samada secara mekanikal atau metalurgi untuk mendapatkan gabungan sifat yang tidak terdapat pada bahan asal. Komposit mungkin berbentuk gabungan logam-logam, logam-seramik, logam-polimer, seramik-polimer, seramik-seramik atau polimer-polimer. Komposit dikelaskan kepada beberapa kumpulan berasaskan geometri atau bentuk bahan. 
i. Komposit lamina atau lapisan
ii. Komposit zarahan
iii. Komposit bertetulang gentian

1.  Komposit lamina
Bahan rencam lamina termasuklah salutan-salutan yang sangat nipis, permukaan pelindung yang lebih tebal, pelapisan, dwilogam,lamina atau lapis, apitan dan berbagai-bagai lagi. Papan lapis ialah contoh komposit lamina. Komposit lamina boleh dihasilkan dengan cara:
i. Menggelek
ii. Ikatan letupan
iii. Penyemperitan bersama
iv. Menekan
v. Pateri keras

2. Menggelek
Kebanyakkan daripada komposit lamina seperti pelapisan dan dwilogam dihasilkan melalui ikatan gelekan panas atau sejuk. Sekiranya peratus ubah bentuk secukup besar, tekanan akibat penggelek akan memecahkan oksida–oksida di permukaan. Dengan itu permukaan akan tekimpal melalui sentuhan atom ke atom.

3. Ikatan letupan
Proses dilakukan melalui cas letupan. Tekanan yang secukupnya dapat menyambungkan logam-logam. Proses ini sangat sesuai untuk menggabungkan dua kepaingan yang sangat besar yang tidak dapat dikendalikan dengan mesin penggelek.

4.Penyemperitan bersama
Bahan komposit lamina yang agak mudah seperti kabel sepaksi dihasilkan dengan menyemperitkan dua logam secara serentak melalui sebuah acuan. Penyemperitan sebegitu cara membolehkan bahan yang lembut mengelilingi bahan yang keras polimer plastik haba juga dapat disemperitkan bersama bagi mengelilingi dawai pengalir.

5. Menekan
Proses menekan dilakukan dalam keadaan panas. Bagi komponen yang kecil, tekanan yang tinggi pada suhu yang tinggi akan menyebabkan berlakunya kimpalan. Proses menekan panas ini selalunya dilakukan untuk mengawet perekat di dalam lamina.

6.  Pateri keras
Pateri keras digunakan untuk menyambungkan dua plat logam. Kepingan logam dipisahkan dengan kelegaan yang kecil, lebih kurang 0.08 mm, dipanaskan hingga melebihi suhu lebur aloi pateri keras. Aloi pateri keras yang sudah lebur akan tertarik ke dalam sambungan yang nipis tersebut melalui tindakan rerambut.

6.1 Komposit zarahan
Bahan komposit zarahan mengandungi zarah-zarah diskret bahan yang lazimnya lebih keras dan rapuh, yang dikelilingi oleh matriks sejenis bahan lagi yang lebih lembut dan mulur. Zarah-zarah bahan komposit zarahan boleh jadi lebih kasar misalnya konkrit atau sangat halus seperti barangan yang diperbuat melalui proses metalurgi serbuk.

1.6.1 Komposit gentian bertetulang
Bahan komposit bertetulang memperbaiki sifat mekanikal bahan. Bahan gentian yang kuat, tegar dan rapuh dimasukkan ke dalam matriks yang lebih lembut dan mulur. Bahan matriks memindahkan daya kepada gentian yang menghasilkan kemuluran dan keliatan, manakala gentian menanggung kebanyakan daripada daya yang dikenakan. Kekuatan ditingkatkan pada suhu bilik dan suhu yang lebih tinggi.

Terdapat begitu banyak sekali bahan-bahan bertetulang yang digunakan. Jerami telah digunakan sejak berkurun lalu untuk menguatkan bata tanah liat. Bata bertetulang keluli menguatkan struktur konkrit. Gentian kaca di dalam matriks polimer menghasilkan gentian kaca untuk digunakan dalam bidang pengangkutan dan angkasa lepas.

1.6.2 Aplikasi Komposit:
• Porsche membina cakera brek komposit silikat gentian karbon prestasi tinggi 
Pengurangan berat 50%, kecekapan pemberhentian dan prestasi dipertingkat 
Tahan lama-rintangan haus tinggi 

Rajah 3 : Cakera brek komposit
  • Louisville Slugger menghasilkan kayu pemukul bola permainan besbol dengan salutan komposit seramik keras 
  • Mengandungi bahan matrik bersalut, gabungan logam dan seramik, yang lazim diguna dalam enjin jet
  • Bahagian logam dalam salutan ultra keras ini meningkat prestasi permainan. Bahagian seramik keras mengurangkan haus dan koyak ketika permainan 
Rajah 4 : Penggunaan komposit : Pemukul kayu besbol

Cuba fikirkan apakah bahan komposit yang terdapat dikeliling anda?
Share this article :

Post a Comment

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger