News Update :
Home » » SIFAT BAHAN MENTAH

SIFAT BAHAN MENTAH

Penulis : Unknown on Tuesday, August 6, 2013 | 7:02 AM

SIFAT BAHAN MENTAH
Terdapat banyak jenis bahan yang dapat digunakan dalam kejuruteraan dan pembuatan barangan. Pengetahuan tentang sifat bahan penting supaya bahan dapat berfungsi dengan baik seterusnya dapat menghasilkan produk yang bermutu.

LOGAM  
Tahukah anda bahawa logam dan aloinya seperti besi tuang, keluli, aluminium, magnesium, zink, titanium dan nikel mempunyai sifat umum antaranya keberaliran haba dan elektrik yang baik, kekuatan dan ketegaran yang tinggi, mulur atau mudah dibentuk dan merintangi kejutan.  Logam digunakan meluas sebagai bahan struktur dan bahan galas beban.  Walaupun logam tulen jarang digunakan, gabungan atau penambahan logam lain yang dinamai aloi selalunya dapat memperbaiki sifat logam tulen atau berupaya menggabungkan beberapa sifat yang baik seperti yang dikehendaki.  Logam yang mengandungi besi dikenali sebagai logam ferus, manakala logam yang tidak mengandungi besi dikenali sebagai logam bukan ferus.

Sifat-sifat Keluli Aloi:
  • Menambahkan kekuatan tegangan.
  • Menambahkan kekerasan dan keliatan bahan.
  • Pengubahsuaian suhu kritikal bagi keluli tersebut. Suhu kritikal adalah suhu maksima dan minima bagi keluli untuk dilindap kejutkan di dalam proses pengerasan.
  • Menambahkan rintangan terhadap kehausan lelasan.
  • Mengekalkan kekerasan keluli sewaktu ianya merah (red hardness).
  • Meninggalkan rintangan terhadap kakisan.
  • Membolehkan pembajaan dilakukan pada suhu yang lebih tinggi di samping mengekalkan sifat kekuatan dan kemuluran.
Sifat Besi Tuang
Besi tuang dihasilkan dari besi jongkong yang telah dicairkan semula di relau kupola dan dicampurkan dengan besi sekerap atau keluli. Mempunyai takat lebur di antara 1150°C -1250°C dan jongkong lebur ini lebih cair dan menghasilkan tuangan yang baik. Besi tuang mempunyai rintangan kehausan dan keupayaan kelembapan yang baik. Harganya murah dan senang di mesin. Terdapat 5 elemen asas yang penting dalam besi tung dan merupakan elemen yang berupaya mempengaruhi sesuatu sifat besi tuang di antaranya silikon, mangenese, sulphur, phosphorus dan karbon. Kandungan karbon  lebih banyak jika dibandingkan dengan keluli.

Sifat-sifat utama Logam Bukan Ferus

Sifat
Aluminium
Kuprum
Kekuatan  tegangan
100 N/mm2
215 N/mm2
Kekuatan mampatan
100 N/mm2
300 N/mm2
Kekerasan
40 (NKB)
80 NKB ( jenis tuangan )
90 NKB ( kerja sejuk   )
66 NKB (kerja sejuk dan disepuh lindap )
Takat lebur
660o C
1083 oC
Kemuluran
30% pemanjangan
25% (jenis tuangan )
55% ( sepuh-lindap )
3% (kerja sejuk   )
Ketumpatan
2.6 g/cm3
8.9 g/cm3

i. Tahan kakisan atmosfera dan air
ii. Pengalir haba dan elektrik.
    Pembalik haba dan cahaya.
i.  Tahan kakisan atmosfera dan air.
ii.  Pengalir elektrik yang amat baik
NKB = Nombor kekerasan Brinell

SIFAT KACA
a.    Mudah pecah
b.    Keras
c.    Lutsinar dan lutcahaya
d.    Bahan biasan.
e.    Boleh dibentuk dengan cara meniup, pengacuan, menekan, menarik atau menggulung.
f.     Penyejukan serta merta meningkatkan kekuatan sebanyak 400%.
g.    Takat  lebur yang rendah dan lebih stabil dari segi  fizikal dan kimia.

SIFAT POLIMER
Polimer ialah rangkaian atom yang panjang dan berulang-ulang, dihasilkan daripada sambungan beberapa molekul lain yang dinamakan monomer. Monomer-monomer ini mungkin serupa, atau mungkin juga mempunyai satu atau lebih kumpulan kimia yang diganti.

Perbezaan-perbezaan ini boleh mempengaruhi sifat-sifat polimer seperti keterlarutan, kebolehan untuk dilenturkan atau kekuatan. Dalam protein, perbezaan-perbezaan ini membolehkan polimer menjadi suatu struktur tertentu, bukannya menjadi lingkaran rawak. Sungguhpun kebanyakan polimer ialah polimer organik, terdapat juga polimer inorganik, yang juga dikenali sebagai polimer sintetik.

Istilah polimer merangkumi kumpulan molekul yang besar, termasuk protein dan gentian Kelvar yang mempunyai kekuatan tinggi. Satu sifat yang membezakan polimer daripada molekul besar lain adalah pengulangan unit-unit atom (monomer) dalam rangkaian. Hal ini berlaku ketika proses pengpolimeran, di mana banyak molekul monomer bersambung antara satu sama lain. Contohnya, dalam proses pembentukan polietena, ribuan molekul etena bersambung untuk menjadi lingkaran -CH2- berulang.

Lazimnya, polimer dinamakan daripada unit monomernya. Istilah polimer berasal daripada perkataan Yunani polus yang bermakna "banyak" dan meris yang bermakna "bahagian". Oleh sebab polimer-polimer dibezakan dengan monomer-monomer utamanya, rangkaian polimer dalam sesuatu bahan biasanya tidak sama panjang; tidak seperti molekul-molekul lain di mana setiap atom mempunyai jisim molekul relatif yang sama. Kejadian ini berlaku kerana rangkaian polimer hanya berhenti berlingkaran selepas pemanjangan rangkaian yang berlaku pada selang masa rawak.

Protein ialah polimer yang terdiri daripada asid amino. Daripada sedozen sehingga beberapa ratus monomer, yang terdiri daripada kira-kira dua puluh jenis, membentuk rangkaian polimer protein, urutan monomer menentukan bentuk dan aktiviti protein yang terbentuk. Tidak seperti pembentukan polyetena, yang berlaku serta-merta dengan keadaan-keadaan tertentu, penghasilan biopolimer seperti protein dan asid nukleik memerlukan mangkin

Sejak tahun 1950-an, mangkin telah membolehkan penghasilan polimer sintetik berlaku. Dengan mengawal tindak balas proses penghasilan polimer, polimer dengan sifat-sifat baru, seperti polimer yang boleh menghasilkan cahaya berwarna dapat dihasilkan.
Share this article :

Post a Comment

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger