News Update :
Home » » SIFAT PLASTIK

SIFAT PLASTIK

Penulis : Unknown on Tuesday, August 6, 2013 | 7:15 AM

SIFAT PLASTIK
Plastik mempunyai sifat-sifat seperti nisbah kekuatan-berat yang tinggi, ketumpatan yang rendah, kekuatan dan ketegaran yang rendah dan keberaliran haba dan elektrik yang rendah. Disamping itu, plastik juga dapat merintangi bahan kimia dengan baik dan mempunyai pekali pengembangan haba yang tinggi. 

Plastik juga memberi pilihan yang luas terhadap warna, lutsinaran atau lutcahaya, mudah untuk dihasilkan dalam pelbagai bentuk dan kos yang agak rendah. 

Tahukah anda plastik terbahagi kepada dua kategori utama iaitu plastik termo dan plastik termoset? Kedua-dua kategori ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Dapatkan maklumat mengenainya.

5.Sifat-sifat Am Plastik
i. Graviti tentunya rendah.
ii. Perintang haba dan elektrik yang baik.
iii. Kemasan muka yang baik. 
iv. Boleh diperolehi dalam berbagai warna dan lutsinar.
v. Mempunyai kekuatan yang rendah berbanding logam.
vi. Tidak sesuai untuk kegunaan pada suhu yang tinggi.
vii. Kestabilan dimensi yang rendah terutama dalam cuaca yang lembab.

6. SIFAT KOMPOSIT
a. Kekuatannya tinggi
b. Ketegarannya tinggi
c. Kurang berat
d. Prestasi pada suhu tinggi
e. Rintangan pada lelasan
f. Kekerasan yang tinggi
g. Keberaliran yang baik
h. Kos yang rendah

7. SIFAT KAYU
Sifat-sifat kayu berbeza diantara satu jenis dengan jenis yang lain daripada aspek berikut:
a. Rupa bentuk
b. Kekerasan
c. Berat 
d. Kekuatan
e. Kecacatan
f. Penebat haba dan elektrik yang baik.

SIFAT-SIFAT UTAMA KAYU 
1 Kekuatan
  • Ia bergantung pada ketumpatan, kandungan lembapan, struktur ira kayu, kecacatan kayu dan modulus keanjalan kayu. 
  • Kayu berketumpatan tinggi lebih kuat dari berketumpatan rendah. 
  • Dinding sel yang tumpat menghasilkan kayu yang kuat. 
  • Sel ini sediakan ruang untuk menyimpan makanan seperti kanji, gula, garam dan resin. 
Ketahanlasakan kayu bergantung pada kandungan lembapan. Kayu yang mempunyai lembapan yang tinggi menyebabkan pertumbuhan kulat dan menari

Kekuatan Tegangan
  • Sifat rintangan terhadap daya yang menarik kayu ini. 
  • Dinyatakan dalam bentuk tegasan. 
  • Kekuatan tegangan selari dengan ira jauh lebih tinggi daripada kekuatan tegangan tegak dengan ira yaitu 40 kali ganda pada keadaan kering udara. 
Kekuatan Mampatan
  • Diperhatikan dalam arah selari dan tegak kepada ira. 
  • Dinyatakan dalam bentuk tegasan. 
  • Kekuatan mampatan selari dengan ira untuk kayu lampung adalah lebih kurang ½ hingga kekuatan tegangan selari dengan iranya. 
  • Kekuatan mampatan tegak kepada iranya mempunyai kaitan rapat dengan kekerasan kayu itu. 
Kekuatan Ricih
  • Sifat rintangan kayu itu terhadap daya yang cuba menggelangsarkan sebahagian dari atas bahagian yang lain. 
  • Daya ini dinamakan daya ricih. 
  • jenis ricihan ; ricihan selari dengan ira, ricih tegak dengan ira, ricihan serong, ricihan gelek. 
  • Ricihan tegak kepada ira dan ricihan serong berlaku kepada anggota kayu yang ditegaskan berlebihan. 
  • Ricihan gelek disebabkan oleh beban yang melintangi kayu itu. Ricihan gelek biasanya berlaku pada binaan yang diperbuat daripada papan lapis. 
Kekuatan Lenturan Statik
  • Ukuran kekuatan bahan ini (sebatang rasuk) yang ditentukan melalui ujian lenturan statik. 
  • Ujian ini mengira tegasan serat, modula kekenyalan dan kerja melentur. 
  • Modula patah adalah tegasan yang terbentuk dalam serat. Contoh kayu, ketika ia, gagal atau patah ia dianggap bahawa teori lenturan mudah berlaku. 
  • Kerja melentur adalah jumlah kerja yang dilakukan untuk melentur contoh rasuk kayu itu sehingga ke peringkat tertentu. 
Kekerasan Kayu
  • Adalah rintangan kepada daya yang cuba melekukkannya. 
  • Kekerasan kayu mempunyai kaitan rapat dengan kekuatan mampatan tegak kepada iranya. 
  • Kekerasan juga adalah ketahanan terhadap hausan; bergantung kepada ketumpatan, kekukuhan dan lekitan sel kayu. 
SIFAT GETAH
  • Sifat-sifat getah bergantung kpd darjah pemvulkanan 
  • Getah tidak mengandungi sulfur peka terhadap perubahan suhu, larut dalam sebilangan bahan uji, mempunyai kecenderungan menjadi lekit dan lemah 
  • Getah – 7 % sulfur –lebih kuat dan diregang 8-10 kali ganda panjang asalnya tanpa putus, tidak mudah larut dalam pelarut getah 
  • Kurang peka terhadap perubahan suhu 
  • Getah yg mengandungi sulfur dengan peratusan lebih tinggi adalah keras dan rapuh 
  • Sifat getah boleh diubah dengan mencampurkan bahan pelikat dan mengubah darjah suhu dalam proses pemvulkanan 
  • Kesan bahan pelikat bergantung kpd kehalusan dan banyaknya bahan tersebut. 
  • Karbon hitam, zink oksida, magnesium karbonat asas dan tanah liat ( 30 % m’ikut isipadu ) akan meningkat kekuatan dan ketegangan dan keliatan getah 
  • Masa pemvulkanan dipanjangkan sehingga suatu nilai had – kekuatan tegangan mutamad akan bertambah tetapi pemanjangannya b’kurangan 
  • Jika masa melampaui nilai had – kekuatan tegangan muktamad getah dan pemanjangannya berkurangan 
  • Oleh sebab itu getah boleh berubah bentuk dgn had atau limit yg besar sebelum pecah, putus atau sebagainya, maka satu nilai tegasan mesti diberi 
  • Getah lembut mempunyai keupayaan menyerap tenaga per unit isipadu yang terbesar 
  • Oleh itu getah banyak digunakan utk membuat tayar, penyerap kejutan dan penimbal 
Perbandingan sifat getah asli dengan sifat getah asli tervulkan 

Getah asli

Getah asli tervulkan

Lembut
Lebih keras
Tidak tahan tindakan haba
Lebih tahan tindakan haba
Kenyal
Lebih kenyal
Mudah dioksidakan oleh oksigen
Lebih tahan terhadap pengoksidaan

Tingkatkan maklumat anda, sila rujuk buku yang dikarang oleh Mat Lazim Zakaria (1987). Bahan dan Binaan. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka; ms. 110 - 162

SIFAT KERTAS 
  • Kertas bahan nipis, rata yang dihasilkan oleh penekanan gentian
  • Biasanya gentian yg digunakan merupakan gentian semulajadi dan berasaskan selulosa 
  • Bahan paling biasa digunakan adalah pulpa kayu daripada kayu pulpa ( kayu lembut ) spt : spruce, bahan gentian sayuran lain termasuk kapas, linen dan hem boleh digunakan 
  • Ianya seperti gergaji halus dan nipis hingga meyebabkan luka 
  • Dihasilkan dengan tangan atau mesin
Share this article :

Post a Comment

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger