News Update :
Home » , » Proses pembuatan Kaca

Proses pembuatan Kaca

Penulis : Unknown on Tuesday, August 6, 2013 | 6:19 AM

Kaca diperbuat daripada silikon dioksida (SiO2) merupakan sebatian kimia serupa dengan kuarza dalam bentuk polihabluran, pasir. Silika tulen mempunyai tahap lebur 20000C. Dua bahan lain yang sering dicampurkan dengan pasir dalam proses pembuatan kaca ialah Sodium Karbonat (Na2Co3) atau posty setara dengan sebatian Sodium Karbonat yang akan menurunkan tahap lebur kaca tersebut sekitar 10000 C. Namun begitu kapur (Kalsium oksida) perlu ditambah untuk menjadikan kaca tidak larut.

1.  Proses penghasilan kaca
Silika merupakan bahan utama kaca diperolehi daripada pasir yang dibersihkan bagi tujuan pengasingan bendasing yang tidak diperlukan. Sumber utama soda ialah Natrium karbonat, natrium nitrat dan natrium sulfat. Batu kapur atau kapur mati digunakan sebagai agen kapur. Boraks atau asid borik digunakan dalam proses penghasilan kaca borosilikat. Bahan binaan berdawai atau berlapis pula digunakandalam proses pembuatan kaca keselamatan. Ia berfungsi untuk memegang serpihan kaca jika kaca tersebut pecah. Kaca lapis pula dihasilkan dengan car a meletakkan kepingan plastik antara lapisan kaca yang bersalut simen, ianya seterusnya digelek untuk membuang gelembung udara. Kaca lapis ini banyak digunakan sebagai cermin kenderaan. Proses penghasilan gentian kaca pula adalah dengan menggerakkan kaca lebur melalui lubang-lubang kecil dan menariknya keluar mengikut saiz yang dikehendaki. Gentian kaca banyak digunakan sebagai bahan penebat dalam proses pembinaan dan kaca gentian.

Kaca ialah “bahan lutsinar yang dihasilkan dari pemanasan pasir silika atau bahan silikon dioksida yang wujud secara semulajadi dalam pasir menerusi proses pemanasan melebihi 2000° C.” 

2. Polimer
Tahukah anda bahan ini dikatakan telah digunakan semenjak perang dunia ke-2, terutama untuk membuat peralatan keperluan ketenteraan. Namun penggunaanya tidak begitu meluas dan hanya digunakan untuk ditambah kedalam bahan-bahan unsur komposit bagi mendapat sifat yang diperlukan.. Polimer terdiri daripada kayu, getah, kaca dan seramik selain dari plastik. 

Polimer membentuk suatu kumpulan bahan-bahan asli dan tiruan (sintetik) yang memainkan peranan yang semakin meningkat didalam teknologi moden. Kebanyakkan polimer adalah bahan organik yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-
  • Mengandungi gabungan karbon dan oksigen, hidrogen dan lain-lain bahan organik dan bukan organik.
  • Secara amnya, pada suhu biasa ia adalah bahan bukan berhablur.
  • Mempunyai struktur rangkaian yang panjang.
Semua polimer dicirikan oleh struktur yang berbeza dari logam. Walaubagaimana pun, struktur ini biasanya akan menentukan sifat-sifat fizik, therma, elektrik dan mekanikal bahan polimer tersebut. Unit asas sesuatu polimer ialah rantaian atom dimana satu struktur asas sesuatu dipanggil monomer. Ikatan antara atom-atom pada asasnya adalah ikatan kovalen yang kuat. Sementara ikatan diantara rantai-rantai bersifat lebih lemah, iaitu ikatan jenis Van Der Walls.

Polimer termasuklah;
“plastik, getah, beberapa jenis perekat dan lain-lain.”
Share this article :

Post a Comment

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger